26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Hati-hati melangkah ke Rawang, silap-silap PH yang tumbang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KHABAR angin bertiup kencang tentang kemungkinan berlaku Langkah Rawang bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan muka baharu.

Setakat ini belum ada kepastian tentang siapakah yang bakal menjadi watak utama dalam Langkah Rawang.

Mungkinkah Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mungkin juga tidak.

Cuma Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat baru-baru ini memberitahu Sin Chew Daily bahawa beliau bersedia berundur jika parti memintanya berbuat demikian.

“Jika Anwar memerlukan kerusi ini untuk menstabilkan parti dan negara, maka saya sedia memberi kerjasama. Masa depan parti adalah lebih penting,” katanya.

Mulianya hati Wei Kiat yang sanggup menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi PKR yang kini semakin malap.

Andainya Langkah Rawang benar-benar berlaku, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan.

PKR pernah melakukan Langkah Kajang yang sangat sumbang pada 2013 semata-mata untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Watak utamanya ialah Anwar sendiri walaupun yang akhirnya bertanding di Kajang adalah bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Advertisements

Hujung-hujung, Datuk Seri Azmin Ali yang naik jadi Menteri Besar Selangor.

Situasi politik di Selangor ketika ini adalah lebih kompleks berbanding 2013 kerana ketika itu jelas siapa kawan dan siapa lawan.

Kali ini, sesiapa sahaja yang mendalangi Langkah Rawang berdepan situasi musuh dalam selimut yang serius.

Bukan rahsia lagi ramai ADUN PKR di Selangor berada dalam kem Azmin.

Pada masa ini, mereka masih setia bersama Pakatan Harapan (PH) namun jika keadaan memaksa, tidak mustahil kesetiaan mereka berubah.

Azmin yang berpuluh-puluh tahun setia dengan Anwar pun boleh goyang, inikan pula juak-juak di peringkat bawahan.

Katakan penyokong Azmin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Selangor menolak Langkah Kajang, terdapat kebarangkalian mereka menjalinkan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Katakan jumlah mereka 35 orang, itu sudah cukup memadai untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, mungkin di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

Sekali lagi, dalang Langkah Rawang terpaksa menggigit jari. Itu pun kalau beliau menang bertanding di Rawang.

Fikirlah masak-masak sebelum merentas negeri ke Rawang, silap langkah PH yang tumbang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan