26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Anak sahkan Zahid masuk hospital, jalani pembedahan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Anak perempuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bapanya kini sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara hari ini.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, bapanya bukan sengaja mahu mengelak daripada menghadiri perbicaraan di mahkamah sebaliknya kerana terpaksa menjalani pembedahan.

Beliau turut berkongsi video yang dirakam menunjukkan bapanya yang juga Presiden UMNO sedang ditolak di atas katil untuk dibawa ke bilik bedah di sebuah hospital swasta.

“Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

“Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (bilik bedah) berita fitnah tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah!

“Tak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memanggil seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta bagi menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid.

Advertisements

Ia susulan ketidakhadiran prosiding kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang disabitkan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai prosedur yang akan dijalankan terhadap Ahmad Zahid.

Sebelum itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital pakar hari ini.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.

Mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu Nurulhidayah berkata, beliau akan bertanggungjawab menunggu dan menjaga bapanya itu sepanjang Ahmad Zahid dirawat di hospital. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan