24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Seluruh penduduk dewasa lengkap vaksin menjelang Oktober

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seluruh penduduk dewasa atau 80 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini akan memperoleh dos lengkap vaksin COVID-19 menjelang Oktober ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, ini memandangkan menjelang 31 Ogos ini, dijangka 60 peratus penduduk dewasa atau 40 peratus daripada jumlah penduduk akan memdapat suntikan lengkap vaksin tersebut.

“Alhamdulillah, proses vaksinasi berjalan mengikut jadual setakat ini.

“Ini pastinya merupakan khabar gembira buat kita semua menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dalam satu taklimat hari ini.

Kata Perdana Menteri, beliau yakin sasaran ini akan dapat dicapai berdasarkan prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan setakat ini.

Advertisements

Beliau berkata, berdasarkan data terkini yang tersedia baik di negara kita atau negara luar, jumlah kes-kes dalam kategori 4 dan 5 serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi telah meningkat.

“Insya-Allah, kita doakan agar negara kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan kadar segera. Amin ya rabbal alamin,” kata beliau.

Dalam laporan JKJAV menerusi twitternya, jumlah yang sudah menerima dos lengkap (dos kedua) telah mencapai 8,770,336 orang dewasa sehingga semalam.

Katanya, jumlah itu bersamaan 37.5 peratus populasi dewasa di Malaysia.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 15,772,101 individu menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 24,542,437.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan beberapa kelonggaran diberikan kepada mereka yang sudah mendapat dos lengkap vaksin antaranya merentas negeri dan daerah, makan di restoran serta menunaikan solat di masjid dan surau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan