27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

RM1.9 juta lagi dana 1MDB dikembalikan semula – DOJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sejumlah AS$452 juta (RM1.9 juta) lagi dana 1MDB yang disalah guna kepada rakyat Malaysia dikembalikan semula.

Pengumuman itu dibuat Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat di sini.

Memetik laporan MalaysiaKini, setakat ini, jumlah keseluruhan AS$1.2 billion telah dipulangkan.

Menurut dokumen mahkamah, dana daripada 1MDB, dicuci secara haram melalui institusi kewangan utama di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg, menurut DOJ.

Advertisements

Sejak 2016, usaha melibatkan 41 tindakan pelucutan hak sivil yang difailkan di mahkamah di AS membuahkan hasil selepas berjaya menyita lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang dicuri.

“Ini adalah pemulihan terbesar setakat ini di bawah jabatan Kleptocracy Asset Recovery Initiative.

“Jabatan ini terus membuat litigasi terhadap aset tambahan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skim ini,” kata DOJ.

DOJ berkata, seperti yang didakwa dalam aduan pelucutan hak sivil, daripada tahun 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB didakwa disalahgunakan oleh pegawai tinggi 1MDB dan Jho Low, melalui pengubahan wang haram dan penyelewengan wang antarabangsa.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan