25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM Interim: Najib, Anwar calon pilihan rakyat Malaysia?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dua calon utama pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Interim berdasarkan satu pungutan suara dalam talian menerusi sebuah laman web.

Sehingga pukul 11.30 pagi ini, Najib memperoleh 33.3 peratus undian berada di belakang Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dengan 43.8 peratus.

Sehingga kini sebanyak 93,367 undian telah diterima menerusi laman web poll123.com itu sejak dibuka pada 30 Julai lalu.

Selain Najib dan Anwar, nama-nama lain yang disenaraikan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang setakat ini memperoleh 5 peratus undian, Tan Sri Muhyiddin Yassin (3.4 peratus) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (2.9 peratus).

Turut mendapat undian ialah Nurul Izzah Anwar, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hasil pungutan suara menerusi laman web poll123.com setakat 11.30 pagi ini.

Nama-nama lain yang disenaraikan ialah Mohamad Sabu, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali turut disenaraikan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sementara.

Semalam, Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO mengumumkan bahawa parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Beliau mendakwa mempunyai cukup sokongan dalam bentuk akuan bagi memastikan kerajaan PN hilang majoriti manakala Muhyiddn selaku ketua kerajaan terbatal.

Akuan itu katanya, telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengutus surat kepada baginda.

Isu pelantikan Perdana Menteri interim telah diperkatakan sejak 29 Julai lalu apabila Istana Negara mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan rasa dukacita Seri Paduka Baginda terhadap kerajaan berhubung pembatalan ordinan darurat.

Difahamkan ahli Parlimen pembangkang cuba mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada hari berkenaan tetapi sidang khas Dewan Rakyat telah digantung atas alasan berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pegawai dan petugas Parlimen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan