30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia terima 1 juta dos vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejuta dos vaksin Pfizer Covid-19 yang disumbangkan secara percuma oleh Amerika Syarikat (AS) tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, kira-kira pukul 8.12 pagi ini.

Ketibaan vaksin tersebut disambut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Duta AS ke Malaysia, Brian Mc Feeters.

Hishammuddin menerusi ciapan Twitter mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken serta kerajaan negara itu dan Malaysia terutama Wisma Putra sangat menghargai keprihatinan ini.

“Semoga hubungan erat ini akan terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran #Covid19!,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin menerusi Facebooknya berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK di negara ini.

Advertisements

Katanya, Malaysia amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Sebelum ini, Malaysia turut menerima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca secara percuma daripada kerajaan Jepun, yang tiba di KLIA pada 2 Jun lalu.

Hishammuddin dan Khairy yang turut menyambut ketibaan vaksin tersebut dari Tokyo berterima kasih kepada Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu atas budi baik yang menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala.

“Ia juga bukti bahawa nilai kemanusiaan sentiasa melangkaui batas-batas yang mungkin wujud terutama di era pandemik ini. Semoga usaha negara kita memerangi Covid-19 dipermudahkan Allah SWT. Wisma Putra aka terus bantu sebaik-baiknya,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan