33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tiada bukti masalah tumor lama Muhyiddin berulang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pemeriksaan kesihatan yang rapi terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini berkata, atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

Keadaan Muhyiddin adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau,” jelas Pejabat Perdana Menteri.

Muhyiddin telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu dan masih menerima rawatan akibat masalah jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Advertisements

Sementara itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendoakan kesihatan kepada Perdana Menteri yang menerima rawatan di hospital, agar diberikan
kesembuhan dan dapat kembali semula bertugas memimpin negara.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pada masa yang sama, PUM turut mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh rakyat Malaysia daripada wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

“Kita perlu bersama dalam menangani COVID-19 ini dan terus berwaspada dengan perkembangan semasa.

“Ini terutamanya apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan terdapatnya varian baharu COVID-19 yang cepat tersebar,” jelasnya.

Beliau menyeru umat Islam di negara ini agar bersama-sama menadah tangan bermunajat dan berdoa bagi memohon diberikan kesihatan dan kesejahteraan, seperti doa berikut:

Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah sakit (ini), sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)‐Mu, kesembuhan yang tidak ada sakit selepasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

49 pelajar tempatan, antarabangsa sertai program anak angkat

EMPAT buah kampung di Mukim Belanja, Parit di Perak baru-baru ini menerima 49 anak angkat terdiri daripada mahasiswa tempatan...

Lagi Artikel Berkaitan