30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kes naik sedikit, 24 kluster baharu dikesan, 76 kematian

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,566 kes baharu Covid-19, sementara 76 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 627,652 kes.

Dalam kenyataan, Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 1,524 kes.

Ini diikuti Sarawak (707), Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466) Johor (456), Sabah (350), Melaka (314), Perak (225), Kelantan (204), Labuan (191), Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (148), Terengganu (106), Putrajaya (27) dan Perlis (satu).

Daripada jumlah kes baharu itu, empat adalah kes import manakala baki 5,562 penularan tempatan.

Katanya, terdapat 82,797 kes aktif, dengan 458 daripada 903 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisements

Kes sembuh pula mencatatkan 6,962 dengan jumlah kumulatif sebanyak 541,319 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 3,536.

Dr. Noor Hisham berkata, 76 kes kematian pada hari ini melibatkan 18 kes di Selangor, 13 di Johor, sembilan di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tujuh di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, katanya, masing-masing empat kes direkodkan di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga di Terengganu, serta masing-masing dua kes di Perak dan Pahang.

“Kes kematian itu membabitkan 75 warganegara dan satu bukan warganegara. Korban termuda berusia 28 tahun manakala paling tua berusia 101 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 24 kluster baharu dikesan dan  ia membabitkan 15 kluster tempat kerja, lima berkaitan komuniti dan selebihnya membabitkan tiga kumpulan berisiko tinggi serta satu keagamaan.

Kluster dikesan di Selangor, Sabah, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan