27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

7,289 kes baharu! Lonjakan penularan sudah dijangka

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu jangkitan positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan 7,289 kes hari ini, angka penularan yang tertinggi sejak pandemik itu mula melanda negara.

Maklumat itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebook beliau sebentar tadi.

Jumlah tertinggi jangkitan positif baharu sebelum ini iaitu sebanyak 6,976 kes dicatatkan kelmarin sebelum berkurangan kepada berkurangan kepada 6,509 kes semalam.

Kira-kira 36.2 peratus atau sebanyak 2,642 kes jangkitan baharu hari ini dikesan di Selangor.

Johor merekodkan jumlah penularan baharu kedua tertinggi iaitu sebanyak 664 kes diikuti Kuala Lumpur (604 kes), Sarawak (513 kes), Kelantan (425 kes) dan Negeri Sembilan (410 kes).

Advertisements

Pulau Pinang pula mencatatkan sebanyak 380 kes jangkitan positif baharu diikuti Kedah (336 kes), Terengganu (268 kes), Sabah (266 kes), Melaka (258 kes), Perak (218 kes) dan Pahang (211 kes).

Selain itu, sebanyak 63 kes baharu dikesan di Labuan, 23 kes di Putrajaya dan lapan kes di Perlis.

penularan
Gambar: Facebook Noor Hisham Abdullah

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam ciapan Twitter hari ini berkata, jumlah kes harian COVID-19 di negara ini menepati trend persamaan garis eksponensial yang dijangkakan dan dapat dilihat sejak 1 April lalu.

“Kita perlu membuat persiapan bagi menghadapi segala kemungkinan, jadi bantu kami (Kementerian Kesihatan) duduk di rumah. Marilah kita bersama-sama putuskan rantaian jangkitan ini.

“Mengabaikan fakta atau data (yang diberikan) ini tidak akan membantu dan ia bukan alasan untuk tidak duduk di rumah. Sekiranya mempunyai keperluan mendesak atau perlu hadir bekerja, sila patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan