32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Ekonomi Malaysia menyusut 0.5% suku pertama 2021

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2021 menyusut secara marginal sebanyak 0.5 peratus berbanding negatif 3.4 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Januari dan Februari masing-masing mencatatkan penurunan 3.5 peratus dan 3.6 peratus.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, ia telah mengukuh pada Mac 2021 kepada pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

“Prestasi ekonomi ini disokong oleh pengukuhan dalam sektor Pembuatan dan pemulihan sektor Pertanian.

“Dari segi permintaan, trend peningkatan ini mencerminkan pertumbuhan kukuh eksport barangan dan perkhidmatan di samping penurunan kecil dalam perbelanjaan swasta dan pelaburan aset tetap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jabatan Perangkaan hari ini telah menerbitkan Penunjuk Ekonomi Malaysia (PEM): Indeks Pelopor, Serentak & Susulan bagi Mac 2021.

PEM adalah indikator yang memberi gambaran tentang prospek ekonomi negara bagi empat hingga enam bulan ke hadapan.

Indikator ini dapat membantu penggubal dasar, pelabur, penyelidik serta masyarakat umum untuk mendapat gambaran tentang hala tuju ekonomi negara dalam tempoh empat hingga enam bulan ke hadapan.

Pada Mac 2021, IP mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 17.3 peratus, berbanding dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus pada Januari dan 8.6 Ekonomiperatus pada Februari 2021.

Pada bulan Mac 2021, kesemua tujuh komponen IP mencatatkan peningkatan berbanding Mac 2020, seperti berikut:

i. Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan yang melonjak sebanyak 160.7 peratus.
ii. Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain yang turut mencatatkan 129.4 peratus
iii. Bilangan Syarikat Baru Didaftar meningkat sebanyak 105.3 peratus.
iv. Indeks Perusahaan Bursa Malaysia meningkat sebanyak 74.3 peratus
v. Import Benar Semi Konduktur meningkat 31.3 peratus
vi. Penawaran Wang Benar, M1 turut meningkat 17.1 peratus.
vii. Jangkaan Nilai Jualan di sektor Pembuatan yang meningkat 6.5 peratus.

Mustapa menambah, prestasi yang baik itu adalah selaras dengan kadar pertumbuhan KDNK pada Mac 2021 sebanyak 6.0 peratus.

Beliau memberitahu, sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh bermula pada 25 Mei hingga 7 Jun 2021 seperti yang berlaku dalam tempoh PKP 1.0, momentum pertumbuhan ini akan terjejas.

“Kerajaan menjangkakan bahawa ramalan pertumbuhan 2021 sebanyak 6.0 hingga 7.5 peratus dapat dicapai sekiranya krisis kesihatan ini dapat distabilkan selepas berakhirnya PKP 3.0,” jelasnya.

Mustapa berkata, penutupan penuh akan menyebabkan kadar penggangguran meningkat dengan mendadak, bilangan isi rumah miskin akan bertambah, prestasi syarikat kecil dan besar akan terjejas dan kedudukan fiskal akan berada dalam keadaan yang lebih mencabar.

“Semasa libat urus saya dengan wakil-wakil industri, wakil-wakil perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta persatuan-persatuan penjaja pada 22 dan 23 Mei 2021, sebahagian besar daripada mereka bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP 3.0.

“Kerajaan perlu sentiasa mengimbangkan antara nyawa dan kehidupan. Keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat adalah tepat,” katanya.

Bagi memudahkan rakyat memahami senario ekonomi semasa, Jabatan Perangkaan telah menghasilkan Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) yang dipaparkan di portal (www.dosm.gov.my) bagi menggambarkan pergerakan kitaran ekonomi. – EDISI 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan