Friday, June 5, 2026

Covid-19: Sultan Johor titah Ahli Parlimen, ADUN berbincang

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta agar Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu mengadakan perbincangan khas berhubung isu pandemik Covid-19.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sedar Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa menghalang persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk dijalankan ketika ini.

Bagaimanapun baginda bertitah, khidmat Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN negeri itu perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak tersebut.

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan di kalangan semua Ahli Parlimen dan ADUN di Negeri Johor dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

“Melalui perbincangan ini, semua Ahli Parlimen dan ADUN boleh memberikan buah fikiran dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bangsa Johor,” titah baginda seperti disiarkan menerusi Facebook baginda hari ini.

Titah Sultan Ibrahim, pihak pentadbiran kerajaan, semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri itu perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan wabak tersebut segera dibendung dan pada masa yang sama, mereka yang terkesan hendaklah dibantu.

Baginda prihatin dengan perkembangan kes Covid-19 di negeri itu yang mencatatkan kes yang semakin tinggi. Semalam, kes harian positif di negeri itu ialah seramai 699 orang. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan