Friday, July 24, 2026

Lelaki maut dalam kebakaran Flat PKNS Jalan Tun Razak

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

CYBERJAYA – Seorang lelaki ditemukan rentung selepas empat unit rumah di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan Tun Razak dekat sini terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.39 pagi itu, mangsa, Jasni Ismail, 53, dipercayai tinggal sendirian di kediaman terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.39 pagi.

Katanya, sebanyak 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Titiwangsa, BBP Keramat dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Ketika tiba, kami dimaklumkan berlaku kebakaran membabitkan empat rumah di sebuah blok di flat berkenaan.

“Mayat mangsa dipercayai belum berkahwin itu ditemukan dalam keadaan rentung dalam sebuah daripada empat unit berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba keadaan salah sebuah rumah Flat PKNS yang terbakar pagi ini. – Sumber FB Bomba

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan rumah pertama terbakar kira-kira 70 peratus dan tiga lagi rumah terbakar 30 peratus.

Bagaimanapun, ujarnya, kebakaran dapat dikawal 30 minit kemudian dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan