31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

2 rumah Kondominium Bukit OUG Bukit Jalil terbakar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dua rumah di tingkat 12, Kondominium Bukit OUG, Bukit Jalil, Kuala Lumpur terbakar malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam hantaran Facebook awal pagi tadi berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 malam.

Seramai 45 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Seri Petaling dan Hang Tuah serta Unit Forensik dan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba yang tiba pada jam 9.23 malam menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’ sebagai tindakan operasi pemadaman kebakaran.

Advertisements

“Api dapat dikawal daripada merebak ke bahagian lain pada jam 10.10 malam dan dipadamkan sepenuhnya 11 minit kemudian,” kata jurucakap bomba.

terbakar
Keadaan di dalam salah sebuah rumah yang terbakar. – Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Rumah pertama mengalami kemusnahan 90 peratus manakala rumah kedua terbakar 60 peratus.

Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan