28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

ADUN Teratai letak jawatan Setiausaha Organisasi DAP Selangor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Bryan Lai Wai Chong meletak jawatan hari ini.

Memetik laporan Malaysia Dateline hari ini, peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Bryan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai semalam.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Bryan meletak jawatan dalam parti.

Gobind menambah, permohonan Bryan untuk meletak jawatan telah diluluskan oleh Jawatankuasa DAP Selangor dalam mesyuarat petang tadi.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Bryan masih lagi kekal sebagai ahli biasa DAP dan ADUN Teratai.

Jawatankuasa DAP Selangor melantik Lau Weng San untuk memangku jawatan Setiausaha Organisasi DAP di negeri itu.

Advertisements

Setakat ini, Bryan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakannya meletak jawatan.

Sebelum ini, tokoh veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

Beliau turut menyatakan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang pada pilihan raya akan datang.

“Saya telah menyumbangkan separuh daripada usia saya berkhidmat kepada orang ramai dan sudah tiba masanya saya melakar separuh lagi usia yang tinggal,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau pada 3 Disember lalu.

Chang Khim berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagaiADUN Bandar Baru Klang sehingga DUN Selangor dibubarkan.

Beliau yang menyertai DAP sejak 30 tahun lalu telah bertanding dalam enam pilihan raya umum dan menjadi ADUN selama 25 tahun.

Selain itu, Chang Khim menganggotai CEC DAP selama 24 tahun.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan