26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pengerusi TNB lancar program CKS peringkat negeri Selangor

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SUBANG JAYA – Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid melancarkan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat negeri Selangor di sini hari ini.

Mahdzir itu berkata, TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Beliau berkata, bantuan itu bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan anak mereka ke sekolah, terutama berikutan pandemik COVID-19.

“Program CKS peringkat negeri Selangor hari ini memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3100 pelajar daripada keluarga B40 di Selangor,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program itu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol, Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan 25 ketua bahagian UMNO negeri.

Advertisements

Mahdzir berkata, sumbangan itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian sekolah dan beg sekolah dan ia akan disampaikan melalui kerjasama pimpinan tempatan dan pihak sekolah.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, program CSR di bawah pengurusan TNB mempunyai empat kategori termasuk pendidikan, sukan, bantuan asnaf dan alam sekitar.

“CSR pendidikan merupakan program terbesar di bawah TNB yang mana, kita menghantar pelajar-pelajar ke luar negara seperti, Australia, New Zealand dan United Kingdom,” katanya.

Sejak pelaksanaannya pada 2013, program CKS TNB telah membantu 36,018 keluarga dengan jumlah sumbangan RM7.5 juta di Semenanjung Malaysia dan Sabah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan