Friday, June 5, 2026

FIFA mula menghukum, Harimau Malaya diisytihar tewas 

Jawatankuasa Tatatertib FIFA membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan antarabangsa Tier-1.

Mesti Baca

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mula menjatuhi hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila skuad Harimau Malaya diisytiharkan tewas 3-0 dalam tiga aksi Tier-1 yang berlangsung tahun ini.

Tiga perlawanan terbabit ialah pertemuan dengan Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada 29 Mei lalu yang menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski itu mengikat pasukan ke-68 dunia itu 1-1.

Dua perlawanan lagi, bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September dan menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor yang menyaksikan Harimau Malaya menang 2-1 dan 1-0.

FAM berkata, pihak telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang bersidang pada 12 Disember lalu berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak.

Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier-1 tersebut.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.

“Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414),” katanya dalam kenyataan hari ini.

FAM berkata, pihaknya akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini.

Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum itu menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain warisannya dan mengekalkan hukuman yang telah dikenakan

Dengan keputusan itu, FAM diperintahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala setiap pemain diperintahkan membayar denda sebanyak CHF2,000 (RM10,400) kepada FIFA.

Kesemua pemain tersebut turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Tujuh pemain warisan terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Dengan hukuman terbaharu itu, Malaysia dijangka mengalami kejatuhan mendadak dari segi ranking dunia FIFA berbanding di kedudukan 116 pada ketika ini. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan