Sunday, July 19, 2026

Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PM

Peletakan jawatannya itu bagi membolehkannya mempertahankan diri setelah didakwa ada percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan kerajaan.

Mesti Baca

DATUK Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut berkata, surat peletakan jawatannya itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Beliau berkata, peletakan jawatannya itu bagi membolehkannya mempertahankan diri setelah didakwa ada percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan kerajaan.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. 

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB lPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya menerusi kenyataan ringkas menerusi platform X hari ini.

Malaysia Kini sebelum itu melaporkan bahawa Shamsul Iskandar didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei berkaitan skandal perlombongan di Sabah.

Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Sebelum itu beliau terpalit dengan isu surat sokongan untuk projek hospital pada 2024 dengan menyenaraikan kontraktor kepara Kementerian Kesihatan (KKM).

Ekoran isu tersebut, pelbagai pihak termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendesak Anwar memecat Shamsul Iskandar.

Anwar yang menanggapi isu tersebut berkata, beliau telah menegur dengan keras terhadap tindakan Setiausaha Politik Kanannya itu.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menganggap teguran keras tidak memadai sebaliknya beliau mahukan tindakan yang lebih “umph!” daripada Perdana Menteri. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan