Wednesday, July 22, 2026

PRN Sabah: MCMC ingatkan kongsi kandungan secara berhemah

Mesti Baca

PARA pengguna media sosial di negara ini diingatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab ketika berkongsi kandungan terutama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang bermula hari ini.

MCMC menegaskan, perbezaan pandangan politik merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, namun hendaklah dizahirkan secara sopan, berhemah dan tidak melanggar undang-undang.

“Platform digital perlu digunakan sebagai saluran untuk menyebar maklumat yang sahih dan membina, bukan tempat menabur kebencian, hasutan atau penghinaan terhadap mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Tegas MCMC, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi menyebarkan kandungan berunsur hasutan, penghinaan terhadap agama, kaum atau Institusi Diraja (3R), serta kandungan lucah, palsu, mengancam atau jelik melampau adalah dilarang.

Katanya, sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali. 

“MCMC akan mengambil tindakan tegas, termasuk siasatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan akauntabiliti, serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

SPR menetapkan tarikh pembuangan undi berlangsung pada 29 November manakala pengundian awal pada 25 November sementara hari ini telah diadakan proses penamaan calon. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan