HAMPIR seluruh aktivis dan sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GWF) berada dalam keadaan sihat.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, malahan mereka kelihatan stabil dan bersemangat meneruskan perjuangan pembebasan Palestina.
“Semangat mereka itu sukar untuk saya gambarkan,” beliau yang tiba di Istanbul, Turkiye bersama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby hari ini.
Ahmad Farhan berkata, kebanyakan aktivis terpaksa membuang telefon bimbit mereka di lautan kerana risau terlepas ke tangan rejim.
“Oleh itu, mereka kini berada di Istanbul jauh daripada keluarga tanpa telefon bimbit,” katanya.

Lantaran itu, beliau telah diamanahkan oleh, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu sebaiknya agar permudahkan urusan mereka di Istanbul.
Malahan jelas beliau, kehadirannya juga bagai menyelesaikan segera urusan membawa pulang kesemua aktivis dab sukalelawan terbabit ke tanah air dengan selamat.
Tehas beliau, kepulangan mereka kelak bukanlah satu pengakhiran kepada perjuangan menuntut kemerdekaan rakyat Palestin.

Sebaliknya ia bakal menjadi lambang bagaimana negara kecil Malaysia ini utuh prinsipnya dan punyai rakyat yang berani berhadapan dengan kekejaman kuasa besar.
“Pohon doa rakyat dan sahabat semua untuk keselamatan pulang wira dan wirawati negara,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan dua aktivis, Ardell Aryana dan Haikal Abdullah dihantar ke sebuah hospital di Istanbul untuk menerima rawatan lanjut.
Ardell dikatakan mengalami tekanan darah rendah dan rambutnya ditarik ketika dalam tahan Zionis manakala Haikal pula dipijak di bahagian tangan. — Edisi 9

