Wednesday, July 22, 2026

UNESCO iktiraf Kinabatangan sebagai tapak biofera terbaharu

Manakala Banjaran Crocker pula berjaya mengekalkan status sebagai tapak rizab biosfera UNESCO selepas melalui penilaian semakan berkala (periodic review).

Mesti Baca

MALAYSIA sekali lagi mencatat sejarah apabila dua kawasan dari Sabah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui Program Man and the Biosphere (MAB) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dalam mesyuarat International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (MAB-ICC) ke-37 yang berlangsung pada 27 September di Hangzhou, China, UNESCO mengiktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera keempat di Malaysia.

Manakala Banjaran Crocker pula berjaya mengekalkan status sebagai tapak rizab biosfera UNESCO selepas melalui penilaian semakan berkala (periodic review).

Sebelum ini, Malaysia telah mempunyai tiga rizab biosfera di bawah Program MAB iaitu Tasik Chini, Pahang (2009), Banjaran Crocker, Sabah (2014) dan Bukit Bendera, Pulau Pinang (2021).

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), semakan berkala yang dijalankan setiap 10 tahun adalah penting bagi menilai keberkesanan, pengezonan dan pengurusan tapak biosfera, selain memastikan penglibatan komuniti setempat.

“Pencapaian ini adalah hasil komitmen pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Sabah, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), industri dan komuniti setempat dalam mengurus kawasan berkepentingan biodiversiti secara mampan,” jelas NRES dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu yakin Sabah akan terus memperkukuh usaha pemeliharaan biodiversiti sejajar dengan Sabah Biodiversity Strategy 2024–2034, sekali gus memastikan pengiktirafan antarabangsa ini dapat dikekalkan.

Pada masa sama, NRES mengalu-alukan usaha kerajaan negeri lain untuk mencalonkan kawasan berpotensi sebagai tapak MAB atau tapak bertaraf antarabangsa lain seperti Ramsar, Asian Heritage Park (AHP) dan East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP).

Langkah ini katanya, selari dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022–2030 yang memberi penekanan kepada pengiktirafan kawasan biodiversiti di peringkat global. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan