Friday, June 5, 2026

Kereta buatan China, EV dominasi Malaysia Autoshow 2025

Antara jenama terkenal dari China termasuk Jaecoo, Jetour, iCAUR, Chery, GWM selain jenama-jenama Eropah dan Jepun seperti Audi, Mercedes, General Motor, Nissan dan lain-lain.

Mesti Baca

KERETA buatan dari negara China mendominasi Malaysia Autoshow 2025 yang sedang berlangsung sehingga Khamis di MAEPS Serdang, Selangor.

Pelbagai jenama dari negara itu terutama kenderaan elektrik (EV) dipamerkan pada karnival automotif terbesar yang berlangsung sejak 9 Mei sehingga 15 Mei.

Antara jenama terkenal dari China termasuk Jaecoo, Jetour, iCAUR, Chery, GWM, Zeekr selain jenama-jenama Eropah dan Jepun seperti Audi, Mercedes, General Motor, Nissan dan lain-lain.

Bagaimanapun, dua jenama tempatan iaitu Proton dan Perodua juga tidak ketinggalan memperagakan kenderaan terbaharu masing-masing termasuk EV.

Turut diperagakan, kenderaan klasik, pelbagai jenis motosikal selain kenderaan ‘underground’.

Berikut antara suasana yang sempat dirakam Edisi 9 ketika meninjau karnival automotif itu semalam.

Para pengunjung memenuhi ruang galeri pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang.

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan