Wednesday, July 22, 2026

UMNO mesti lebih praktikal, tinggalkan politik retorik – Zahid

UMNO tidak boleh terus selesa dengan naratif semalam. Politik lama tidak lagi menyentuh hati rakyat. Kita mesti tampil dengan penyelesaian sebenar kepada masalah rakyat,

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

UMNO diseru untuk berani melakukan perubahan drastik dan tidak terus terperangkap dengan retorik lama jika mahu kekal relevan dalam arus politik semasa yang kian mencabar.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mesti beranjak kepada pendekatan yang lebih praktikal dan mendekati denyut nadi rakyat menerusi politik solusi, politik legasi dan politik moderasi.

Beliau berkata, politik solusi ialah memberi fokus kepada penyelesaian isu rakyat manakala politik legasi pula ialah membina pewaris berkualiti manakala politik moderasi pula adalah menolak ekstremisme, memupuk kestabilan.

Menurut beliau, perubahan itu penting bagi menawan semula hati rakyat terutamanya pengundi muda yang kini membentuk majoriti dalam medan politik negara.

“UMNO tidak boleh terus selesa dengan naratif semalam. Politik lama tidak lagi menyentuh hati rakyat. Kita mesti tampil dengan penyelesaian sebenar kepada masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari UMNO Ke-79 dan Konvokesyen Pertama Sekolah Patriotik UMNO (SPU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan amanat para majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-79 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO juga tidak harus takut dikritik kerana menyertai Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana keputusan itu adalah satu langkah kenegaraan yang dibuat secara kolektif demi kestabilan negara.

“Ini bukan soal tunduk kepada sesiapa. Ini soal menyelamatkan negara daripada krisis politik yang berpanjangan,” tegas beliau sambil menempelak pihak yang menuduh UMNO menjual prinsip sedangkan mereka sendiri pernah bersekutu dengan DAP satu ketika dahulu.

Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli parti agar tidak terbuai dengan kemenangan kecil yang telah dicapai, sebaliknya bersiap sedia untuk menghadapi cabaran lebih besar termasuk PRN dan PRU-16.

“Kemenangan di Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning hanyalah permulaan. Kita mesti bersedia menghadapi PRN Sabah, Melaka, Johor dan akhirnya PRU-16.

“Janganlah ada yang bersengketa. Mungkin sudut pandang kita berbeza, tapi bergeraklah senada. Di situlah kunci kemenangan,” katanya.

Seramai 48 daripada 50 patriot pertama menamatkan latihan di SPU dan menerima sijil masing-masing. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan