Friday, June 5, 2026

Murid wajib pakai lencana Jalur Gemilang mulai 21 April – KPM

KPM akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengambil langkah proaktif meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid apabila mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam sekolah berkuat kuasa secara berperingkat mulai 21 April ini.

Menurut KPM, inisiatif yang melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia itu dilaksanakan bertujuan menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Sehubungan itu, KPM berkata, pihaknya akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.

“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” kata kenyataan itu hari ini.

KPM berkata, bagi memastikan pemakaian lencana Jalur Gemilang itu dengan betul, kementerian telah menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM.

Garis panduan itu, katanya, disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan