Monday, July 20, 2026

Empat pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Jordan

Masing-masing dua orang berasal dari Johor, seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Wilayah Persekutuan - Mohd Fared

Mesti Baca

EMPAT pelajar Malaysia masing-masing dua orang berasal dari Johor, seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Wilayah Persekutuan dilapor cedera dalam nahas jalan raya di Jordan.

Dua pelajar dari Johor terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian@Zulkarnian yang kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Mu’tah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled yang memaklumkan perkara itu menerusi Facebooknya hari ini.

“Seorang pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan kini dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi), seorang lagi pelajar yang berasal dari Selangor dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, Muhmmad Zaqwan Azhar dan Muhammad Ilham dilapor dalam keadaan stabil dan kerajaan negeri Johor akan memberikan bantuan dan keperluan yang sewajarnya berdasarkan keadaan semasa.

Pelajar tahun pertama Universiti Mu’tah, Jordan yang turut terlibat dalam kemalangan di negara itu.

Mohd Fared berkata, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepadanya oleh Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir.

Sehubungan itu, beliau mendokan agar kesemua pelajar terbabit kembali sihat dan dapat meneruskan pengajian mereka. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan