Wednesday, July 22, 2026

Tex Cycle catat hasil RM36.2 juta bagi tahun kewangan 2024

Syarikat mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada RM35.1 juta pada TK2023 kepada RM36.2 juta.

Mesti Baca

TEX Cycle Technology (M) Berhad (Tex Cycle), penyedia penyelesaian pengurusan sisa dan kitar semula mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (S4 TK2024) dengan merekodkan hasil sebanyak RM9.3 juta dan Untung Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM4.5 juta pada suku tersebut.

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2024, Tex Cycle mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun (YoY) meningkat daripada RM35.1 juta pada TK2023 kepada RM36.2 juta.

Berbanding suku keempat tahun sebelumnya (S4 TK2023), hasil meningkat sedikit daripada RM9.2 juta, mencerminkan pertumbuhan 1.4 peratus.

PBT mencatatkan prestasi kukuh sebanyak RM4.5 juta, menunjukkan keupayaan Kumpulan untuk memacu keuntungan melalui operasi teras dan strategi perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass berkata, prestasi kewangan Tex Cycle yang kukuh pada TK2024 mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengharungi cabaran pasaran dengan ketangkasan sambil mengukuhkan operasi teras.

“Angka keuntungan larasan kami jelas menunjukkan daya tahan model perniagaan kami dan kejayaan inisiatif strategik kami.

“Semasa kami bergerak ke hadapan, kami kekal fokus untuk meneroka peluang pertumbuhan selanjutnya, terutamanya dalam sektor ESG, dan berkembang melalui Penggabungan & Pengambilalihan strategik (M&A),” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, tempoh asas suku ke suku, hasil Kumpulan merosot sebanyak 12.4 peratus daripada RM10.6 juta pada S3 TK2024 disebabkan turun naik sementara dalam permintaan dalam bahagian pemulihanvdan kitar semula.

Walaupun begitu, PBT bertambah baik sebanyak 34 peratus daripada RM3.4 juta pada suku sebelumnya, mencerminkan strategi pengurusan kos yang kukuh dan kecekapan operasi Kumpulan.
 
Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2024, Tex Cycle mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.2 peratus tahun ketahun (YoY) meningkat daripada RM35.1 juta pada TK2023 kepada RM36.2 juta.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan