Tuesday, July 21, 2026

Tex Cycle, Barium Selat bekerjasama urus sisa dalam O&G

Untuk bersama-sama meneroka peluang dalam industri minyak dan gas (O&G) dan mengembangkan keupayaan pengurusan sisa.

Mesti Baca

TEX Cycle Technology (M) Berhad (Tex Cycle) melalui anak syarikat milik penuhnya Tex Cycle (P2) Sdn. Bhd., memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Barium Selat Technologies Sdn. Bhd., anak syarikat Barium Selat Sdn. Bhd. untuk bersama-sama meneroka peluang dalam industri minyak dan gas (O&G) dan mengembangkan keupayaan pengurusan sisa.

Di bawah perkongsian ini, Tex Cycle dan Barium Selat akan bekerjasama untuk mengoptimumkan proses pemulihan dan rawatan sisa, membangunkan penyelesaian tertumpu industri, dan mengembangkan tawaran perkhidmatan merentas pelbagai sektor termasuk O&G, tenaga dan pembuatan perindustrian.

Kerjasama itu juga akan membolehkan Tex Cycle memanfaatkan perniagaan dipacu inovasi Barium Selat dalam minyak dan gas huluan, terutamanya dalam pengeluaran pelincir penggerudian dan bahan kimia termaju. 

Sementara itu, Barium Selat akan mendapat manfaat daripada infrastruktur pemulihan berlesen Kumpulan dan keupayaan pemprosesan sisa, terutamanya dalam pengendalian sisa berjadual, pematuhan alam sekitar dan kitar semula.

Barium Selat melalui anak syarikat teknologinya mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan bahan termaju, bahan tambahan kimia, bahan api penerbangan mampan (“SAF”), pelincir penggerudian, dan peralatan proses termaju khusus. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass berkata, pihaknya teruja untuk memulakan perkongsian ini dengan Barium, yang membuka laluan baharu untuk inovasi teknikal dan pengembangan perniagaan. 

“Dengan menggabungkan kepakaran pengurusan sisa kami dengan kehadiran kukuh Barium dalam ruang minyak dan gas huluan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan tawaran alam sekitar yang bersepadu dan mampan ini.

“Ia bukan sahaja membolehkan kami mengukuhkan tawaran alam sekitar yang bersepadu dan mampan, menyokong keperluan industri yang berkembang di seluruh Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, Gary Dass menandatangani bagi pihak Tex Cycle manakala Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Barium Selat, Rozali Sidek mewakili syarikatnya.

Hadir sama Ketua Pegawau Operasi Kumpulan Barium Selat, M. Navinkumar dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulab Tex Cycle, Geraldine Hii.

Sementara itu, Navinkumar berkata, kerjasama dengan Tex Cycle ini merupakan langkah strategik dalam menyelaraskan bahan kimia huluan dan inovasi bahan termaju dengan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan keupayaan pemulihan. 

“Dengan reputasi pasaran dan infrastruktur Tex Cycle yang kukuh, kami yakin bahawa kami boleh membuka peluang baharu, memperluaskan portfolio perkhidmatan & gas industri kami yang semakin meningkat, dan seterusnya menyokong portfolio perkhidmatan dan gas industri yang semakin meningkat,” katanya.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak terhadap pembangunan mampan, kecekapan operasi, dan penciptaan nilai jangka panjang melalui inovasi dan penjajaran strategik.

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan