Thursday, June 4, 2026

Harga diesel naik lagi 5 sen di Semenanjung, RON97 kekal

Mesti Baca

HARGA runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia naik 5 sen kepada RM3.18 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 5 Februari.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga tersebut masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun tahun lalu iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, RON97 yang mencatatkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu, kekal pada harga RM3.43 seliter.

Turut kekal ialah harga petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter serta harga diesel bagi pasaran Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOF. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan