Tuesday, July 21, 2026

Syarikat besar disaran bantu latih penerapan ESG kalangan PKS

Mesti Baca

SYARIKAT-SYARIKAT tersenarai awam, multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam latihan penerapan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Saranan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan PKS tidak dibebankan dengan kos yang tinggi dalam usaha mematuhi garis panduan ESG tersebut.

“Ini penting bagi menyokong PKS dalam rantaian nilai masing-masing, sayugia kementerian-kementerian yang berkaitan disaran untuk memperkukuh program latihan yang bersesuaian kepada entiti perniagaan yang disasarkan,” katanya hari ini.

Sebelum itu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis SDG Negara bagi tahun 2024 di Putrajaya hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara telah diberi penelitian dan dipersetujui termasuk kertas cadangan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan.

Beliau berkata, pelan tersebut dirangka dalam usaha kerajaan membawa entiti perniagaan Malaysia secara berfasa ke arah pematuhan dan pelaporan ESG.

Malahan, katanya, sehingga ke peringkat yang melangkaui tahap pematuhan sekaligus mewujudkan kelebihan kompetitif dan pembangunan mampan negara.

Mengenai prestasi semasa indikator matlamat pembangunan mampan (SDG) negara pula, Anwar berkata, Malaysia mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 43 peratus sasaran SDG menjelang 2030.

“Unjuran ini mengatasi purata unjuran pencapaian global pada 17 peratus,”katanya.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh dengan sasaran indikator SDG negara yang seiring dengan sasaran-sasaran Ekonomi MADANI.

Ini memandangkan pendekatan keseluruhan negara amat penting dalam mempergiat dan menambah baik inisiatif-inisiatif yang telah dirangka, katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan