Friday, June 5, 2026

Agong tiba di Beijing untuk lawatan negara ke China

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berangkat tiba di Beijing, China untuk lawatan negara selama empat hari.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada jam 4 petang ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong; Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zon dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Sultan Ibrahim turut menerima penghormatan daripada kawalan kehormat anggota Angkatan Tentera China.

Lawatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fool selaku Menteri Pengiring dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ke lawatan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim diiringi Anwar Ibrahim semasa Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sempena Seri Paduka Baginda ke China di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Sebelum itu, Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda. 

Hadir sama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebelum berangkat, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam dan lagu Negaraku.

Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ini adalah atas undangan Presiden China Xi Jinping bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang terjalin pada 31 Mei 1974. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan