Friday, June 5, 2026

Felda bayar cukai tanah RM27 juta kepada kerajaan Pahang

Mesti Baca

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah melunaskan cukai tanah sebanyak RM27 juta kepada kerajaan negeri Pahang atas semangat pelaksanaan rakyat yang bertanggungjawab.

Felda berkata, bayaran tersebut bagi tanah-tanah yang dimiliki oleh lembaga itu yang berjumlah hampir 350,000 hektar di seluruh negeri itu.

Katanya, ia meliputi tanah kampung, ladang dan pajakan.

“Justeru, sejumlah bayaran RM27 juta cek replika telah dilunaskan kepada kerajaan negeri atas semangat pelaksanaan rakyat yang bertanggungjawab,” kata Felda menerusi Facebooknya hari ini.

Cek tersebut diserahkan oleh Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Datuk Mohd Banuri Aris kepada Menteri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Perasmian Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Lipis hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memperuntukkan nilai melebihi RM142 juta bermula tahun 2020 bagi memastikan rakyat Pahang terus sejahtera hasil daripada kutipan cukai.

Justeru beliau menyeru rakyat negeri itu melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang berdisiplin kepada Kerajaan Negeri selain daripada bayaran zakat.

Pada majlis itu, Wan Rosdy turut mengumumkan pengecualian bayaran denda cukai lewat kepada pembayar yang berkaitan bermula hari ini.

Dimaklumkan sempena karnival tersebut, sejumlah RM20 juta kutipan cukai tanah dapat dijalankan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan