Thursday, June 4, 2026

Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Mesti Baca

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 buah kenderaan dan landasan monorel di hadapan Hotel Shangri-La, di Jalan Sultan Ismail di ibu negara petang ini.

Menurut Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhammad Amirudin Mohd Hasan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang berhubung kejadian tersebut.

“Susulan itu pihaknya mengggerakkan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Titiwangsa ke lokasi kejadian bersama tiga jentera FRT sebaik dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan dua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu namun salah seorang daripadanya iaitu lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Manakala, seorang lagi mangsa berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan telah diserahkan kepada petugas KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail turut menghempap landasan monorel dan fasiliti awam. Foto – JBPM Kuala Lumpur

Beliau berkata, kerja-kerja penyelamatan dan pemotongan serta pembersihan pokok di lokasi kejadian giat dilakukan oleh anggota bomba dalam mengenal pasti mangsa yang masih terperangkap. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan