27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Wan Junaidi sah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

Mesti Baca

BEKAS Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan berkuat kuasa hari ini.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Advertisements

Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Anwar menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Wan Junaidi atas pelantikan tersebut.

Beliau mendoakan agar khidmat dan pengalaman panjang Wan Junaidi yang juga bekas menteri Kabinet itu dihargai dan dimanfaatkan oleh rakyat Sarawak.

“Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan