30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

36 imam China diharap bantu promosi muslim Pahang

Mesti Baca

SERAMAI 36 imam dari Negara China yang datang ke Pahang diharap dapat mempromosikan produk pelancongan mesra Muslim yang terdapat di negara ini khususnya di Pahang kepada jemaah masing-masing.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Kerajaan Pahang berharap perkara itu boleh dilakukan setelah kepulangan ke negara mereka.

Katanya, Kerajaan Pahang berbangga dapat menyambut kehadiran 36 imam dari negara China yang singgah menunaikan solat zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong, sempena program ‘Imam Fam Trip: Discover Muslim – Friendly Malaysia’, semalam.

“Sebilangan imam ini adalah al hafiz dan fasih berbahasa Arab. Jika di China, jemaah masjid yang mereka wakili adalah sekurang-kurangnya 30,000 orang.

Advertisements

“Sepulangnya ke China nanti, mereka akan mempromosi kepada jemaah masing-masing mengenai pakej pelancongan mesra Muslim yang terdapat di negara ini khususnya di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Fadzli berkata, kunjungan berkenaan adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Kerajaan Pahang yang cekap mengurus tadbir dan memajukan institusi Islam termasuklah universiti Islam, masjid, dan maahad tahfiz.

“Terima kasih kepada Islamic Tourism Centre (ITC) dan Tourism Pahang kerana bekerjasama melaksanakan program ini,” katanya lagi. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan