25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Iklan makanan halal tanpa sijil satu kesalahan – JAKIM

Mesti Baca

MENGIKLAN makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SPHM.

Beliau berkata, pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

Advertisements

“JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected]. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan