27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

MQA cadang IPT adakan penyelidikan secara berpusat

Mesti Baca

INSTITUSI pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran untuk menjalankan penyelidikan secara berpusat supaya hasilnya dapat dirasai masyarakat dan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, satu daripada cara untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara ialah menerusi penyelidikan berpusat atau bersepadu dalam kalangan IPT.

Katanya, apabila geran penyelidikan ditawarkan, banyak IPT akan bersaing untuk mendapatkannya dan apabila satu IPT berjaya mendapat geran berkenaan, penyelidik mereka akan membuat kajian berdasarkan kapasiti kumpulan mereka sahaja.

“Pendekatan penyelidikan berpusat ini selaras dengan tuntutan era masa kini yang memerlukan penyelidikan silang bidang, misalnya kajian keterjaminan makanan dipimpin oleh universiti ABC tetapi keanggotaan kumpulan itu terdiri daripada penyelidik dari pelbagai jurusan dari IPT berbeza.

“Sekiranya sesuatu geran penyelidikan digunakan sepenuhnya untuk penyelidikan keterjaminan makanan, maka impaknya pasti berbeza,” katanya.

Advertisements

Mohammad Shatar berkata, pendekatan penyelidikan berpusat diyakini mampu menghasilkan kajian terbaik kepada negara seterusnya meningkatkan keterlihatan pendidikan tinggi Malaysia.

Beliau berkata, kita tidak mahu kajian dijalankan hanya untuk menonjolkan penyelidik secara individu tetapi impaknya tidak dirasai oleh komuniti atau negara.

“Inisiatif ini juga secara langsung atau tidak langsung akan menaikkan imej serta kedudukan IPT kita di persada dunia walaupun bukan tujuan utama kita untuk memenuhi kriteria ditetapkan pembuat penarafan universiti global.

“Kita tidak tolak penarafan universiti dunia mentah-mentah, namun tidak mahu IPT terjerumus dengan permainan ‘ranking’ kerana kita perlu sentiasa ingat akan asas penubuhan IPT tempatan serta fungsinya dan cemerlang mengikut acuan kita,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan