29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Roller-coaster terhenti, 32 penumpang ‘tergantung’ terbalik

Mesti Baca

SEBUAH roller-coaster di Universal Studios Jepun di Osaka, terhenti pada separuh perjalanan, semalam menyebabkan 32 penumpang ‘tergantung’ dalam keadaan terbalik pada ketinggian lebih 30 meter.

Gerabak roller-coaster Flying Dinosaur berhenti di salah satu titik tertinggi apabila ia berpusing di sekitar paksi trek dan bergerak secara terbalik kira-kira 11 pagi, lapor penyiar awam Jepun NHK.

Pengendali taman itu dipetik sebagai berkata, ketika kejadian, 32 orang berada dalam gerabak itu.

Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu kerana individu terbabit dapat keluar melalui tangga kecemasan.

Bagaimanapun laporan itu tidak memperincikan tempoh mangsa terkandas.

Pengendali taman itu berkata, roller-coaster berhenti secara automatik jika sensor yang dipasang pada tarikan itu mengesan ‘kelainan’, tetapi punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Insiden membabitkan roller-coaster sama berlaku pada 1 Mei 2018 sehingga menyebabkan penumpang tergantung dalam keadaan terbalik selama kira-kira dua jam.

Advertisements

Dalam kejadian itu, dua gerabak roller-coaster Flying Dinosaur yang membawa 64 penunggang turut berhenti secara tiba-tiba di tempat berlainan, di landasan sepanjang 1,120 meter itu.

Pihak pengurusan taman itu berkata, kerosakan itu disebabkan bahagian yang mengawal motor rosak.

Satu lagi roller-coaster di Universal Studios Jepun juga mengalami isu mekanikal.

Pada 22 Januari 2022, kira-kira 30 orang diselamatkan daripada gerabak roller-coaster Hollywood Dream.

Mereka terperangkap dalam keadaan duduk secara menegak selama kira-kira 90 minit sebelum berjaya diselamatkan.

Kejadian itu berlaku tiga bulan selepas roller coaster sama terhenti secara tiba-tiba kerana gangguan bekalan elektrik sehingga menyebabkan 35 orang terkandas. -Agensi

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan