28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

10 pegawai Maritim Malaysia naik pangkat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kenaikan pangkat hari ini.

Maritim Malaysia menerusi kenyataan berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan jawatan daripada Komander Maritim kepada Kepten Maritim gred T22.

Katanya, majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

“Masing-masing pegawai yang menerima kenaikan pangkat berkenaan akan mengisi kekosongan jawatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan zon maritim,” katanya hari ini.

Advertisements

Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh akan mengisi jawatan sebagai Pengarah Maritim Selangor daripada Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Menurut Maritim Malaysia, dua daripada pegawai tersebut adalah penerbang iaitu Kepten Maritim Mohd. Ikmal Ridzuan yang dilantik sebagai Ketua Stesen Udara Maritim Subang.

Sementara itu katanya, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin Hashim akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan Dasar Perancangan dan Penerbangan, Bahagian Operasi Udara, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

“Sempena kenaikan pangkat ini juga, dua daripada pegawai akan ditempatkan sebagai Pengarah Zon Maritim iaitu Kepten Maritim Mohd. Iszuadi Mohamad Hassan (Bintulu) dan Kepten Maritim Izwanhadi Idros (Labuan),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan