32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KPWKM bakal tubuhkan Pusat Subfertiliti Negara pertama

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengumumkan akan memulakan gerak kerja bagi penubuhan Pusat Subfertiliti Negara pertama dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pusat berkenaan akan menyediakan khidmat rawatan kesuburan dan kesejahteraan keluarga yang komprehensif termasuk berfungsi sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini serta latihan kepakaran di Malaysia.

“Pusat Subfertiliti Negara ini dilihat sebagai tepat pada masa memandangkan sejak lima dekad yang lalu, kadar kesuburan penduduk negara menurun dengan pesat iaitu daripada 6.7 orang anak bagi seorang wanita pada tahun 1957 kepada empat orang anak pada tahun 1980.

“Diikuti tiga orang anak pada tahun 2000, 2.1 orang anak pada tahun 2010 dan terkini hanya 1.6 orang anak pada tahun 2022, kadar terendah yang pernah dicatatkan oleh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2023 (PERKKS 23).

Advertisements

Nancy berkata, PERKKS 23 yang bertemakan ‘Penduduk dan Keluarga Mampan, Membangun Malaysia Madani’ itu turut menyediakan satu sesi khas perbincangan meja bulat.

Katanya, ia dibuat bertujuan bagi menghasilkan resolusi mengandungi cadangan dasar dan langkah intervensi untuk menangani isu penurunan kadar kesuburan penduduk negara.

“Semua cadangan yang terkandung dalam resolusi adalah pelengkap kepada inisiatif intervensi yang sedang dirancang dan digerakkan oleh KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Sebagai makluman, penganjuran PERKKS 23 pada hari ini dan esok, masih meneruskan kerjasama strategik bersama United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia dan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), selain pembabitan Merck Malaysia sebagai rakan kerjasama yang baharu,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan