31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Waspada pinjaman tidak wujud di media sosial – SKMM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan iklan pinjaman wang oleh sindiket penipuan yang menggunakan media sosial untuk menipu mangsa.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, sindiket itu menjadikan media sosial untuk mengiklankan produk pinjaman wang dengan kadar faedah yang sangat rendah. 

Menurutnya, mereka kemudiannya akan meminta bayaran pendahuluan bagi ‘upah operasi’, ‘yuran guaman dan pembukaan akaun’. 

“Namun setelah bayaran dibuat, mereka akan menghilangkan diri,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut SKMM, seorang individu telah kerugian sebanyak RM11,060 dengan penipuan seumpama itu.

Katanya, mangsa telah tertipu dengan tawaran pinjaman tidak wujud dan tidak dapat menghubungi sindiket itu setelah pembayaran dibuat.

“Jika anda ingin membuat pinjaman, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu di aplikasi i-KrediKom yang disediakan oleh KPKT untuk mendapatkan kepastian mengenai syarikat peminjam wang berlesen tersebut,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan