28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Sharnaaz lepas dan bebas tuduhan pukul pengawal keselamatan

Mesti Baca

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Jun tahun lalu.

Pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan pelakon itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim berkata, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Sharnaaz selaku OKS dilepas dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin memohon Sharnaaz dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu.

“Saya dapat arahan HQ (AGC) DNAA terhadap OKS, itu saja puan,” katanya.

Advertisements

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah.

“Satu representasi dihantar ke pendakwaan dan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya menarik balik pertuduhan terhadap OKS.

“Dalam kes ini pengadu sudah menarik balik kes ini dan laporan polis telah dibuat, oleh itu satu keputusan DNA perlu diberikan,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem Jebat itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz, 38, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan