27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Agensi perlu perhebat koordinasi, mobilisasi hadapi banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA agensi yang terlibat perlu perhebatkan koordinasi dan memobilisasikan bagi menghadapi bencana banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kita perlu jauhi kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan seterusnya dokumen penting dapat diselamatkan dengan mengikuti langkah-langkah awal.

Pada masa sama beliau memuji Pengurusan Bencana Daerah Temerloh kerana telah memberikan pengurusan bencana sempurna ketika semasa Monsun Timur Laut yang lalu.

“Ya, saya memilih daerah Temerloh kerana Pengurusan Bencana Daerah Temerloh adalah yang terbaik di Malaysia.

“Daerah Temerloh telah menempatkan 39,000 penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara dengan pengurusan yang baik.

Advertisements

“Tetapi, kadang hiba terkesan limpahan yang mengakibatkan banjir di daerah ini.

“Namun, Alhamdulilah dengan kecepakan serta komitmen yang diberikan oleh penjawat awam, pengurusan bencana menjadi lebih sempurna.

“Akhir sekali, tahniah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sangat proaktif dalam pengurusan banjir di negeri Pahang dan terima kasih buat semua yang dapat bersama saya hari ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Sesi Perjumpaan Bersama Penjawat Awam ke Daerah Temerloh, Pahang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan