25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

MOSTI nafi lantik pihak ketiga, konsultan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan dakwaan melantik pihak ketiga atau konsultan, untuk menyampaikan sebarang informasi dan hebahan mengenai skim dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) kementerian itu, kepada umum.

MOSTI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, telah menerima pertanyaan berkaitan dengan kes penipuan berkaitan penganjuran Bengkel Bimbingan dan Fasilitasi Permohonan Geran Applied Innovation Fund (AIF) dan Sistem Dana Bersepadu.

“Bengkel tersebut dikatakan boleh menjanjikan kelulusan pembiayaan AIF oleh kementerian itu, apabila menyertai bengkel yang mengenakan yuran sebanyak RM1,800.

“Kementerian itu tidak pernah menganjurkan sebarang bengkel yang menuntut pembayaran daripada orang awam,”kata MOSTI.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, kejayaan sesuatu permohonan pembiayaan dana R&D MOSTI, tertakluk kepada pematuhan kepada semua syarat dan kriteria yang ditetapkan, serta syor oleh panel pakar penilai yang dilantik.

MOSTI turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan hebahan yang menjanjikan perkara yang tidak tepat dan tidak munasabah, selain sentiasa menyemak maklumat terkini.

Sebarang maklumat berkaitan pembiayaan dana R&D MOSTI di platform Sistem Dana Bersepadu di pautan sdb.mosti.gov.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan