Thursday, July 23, 2026

FAM terima pengiktirafan kejurulatihan AFC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level, semalam.

Pengiktiran itu disampaikan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pada majlis Anugerah Tahunan AFC di Doha, Qatar.

Hamidin berkata, pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan berkenaan pastinya akan menjadi  mencetus semangat kepada kakitangan jabatan teknikal dan kejurulatihan FAM.

Katanya, ia juga termasuk kepada semua anggota pentadbiran FAM dalam membangunkan lagi bola sepak di negara ini.

“Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Selain Malaysia, pengiktirafan sama turut diberikan kepada persatuan bola sepak Bangladesh, China, India, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan