32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

AS hantar tiga notis kerana kita bertegas isu Palestin – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menerima tiga notis daripada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian tegas negara berhubung isu Palestin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan demarche atau tata tindak yang diberikan tidak akan merubah pendirian negara terutama dalam isu hubungan dengan Hamas.

Jelas Perdana Menteri, notis tersebut diserahkan sekali kepada Duta Besar Malaysia ke AS sementara dua lagi notis diberikan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) pada 13 dan 30 Oktober lalu.

“Bila satu negara luar bagi demarche atau tata tindak maknanya dia risau. Bukan sekali tetapi tiga kali.

Advertisements

“Sebab itu kita anggap ini sebagai satu peringatan tapi jawpaan kita tegas terutatama hubungan dengan Hamas,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Malaysia sebelum ini menyatakan solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak kedulatan negara mereka, serta mengecam kezaliman rejim Israel di Gaza.

Anwar berkata, dalam kunjungan dan beberapa pertemuan dengan pemimpin negara-negara asing, beliau turut menyampaikan maklumat dan ketegasan Malaysia dalam isu di bumi Palestin secara tegas.

“Sebab itu saya pilih jawab secara langsung supaya negara-negara yang berkenaan termasuk Mukhabarat atau ejen perisikan mereka faham dan kita tidak bertolak ansur,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan