31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kaki kiri kanak-kanak lelaki tersangkut dalam lubang tandas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KANAK-kanak lelaki sembilan tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat, Kajang tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.23 tengah hari.

“Sebaik terima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi pihak bomba mendapati kaki kiri seorang kanak-kanak lelaki tersangkut di dalam lubang tandas.

“Daripada siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai tergelincir lalu terpelosok ketika mahu menggunakan tandas.

Advertisements

“Akibat insiden itu sebahagian kaki kiri mangsa tersangkut pada lubang tandas.

“Bertindak atas insiden terbabit, anggota bomba terus melakukan kerja-kerja menyelamat dan telah mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa.

“Operasi kemudiannya selesai sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan