30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

24 set bubu naga dirampas Maritim Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 24 set bubu naga (bubu kambang) dirampas Maritim Perak pada sekitar 0.2 batu nautika timur laut Pulau Talang, Perak kira-kira jam 4.20 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bubu ini dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak melalui pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera yang mencurigakan di permukaan air.

“Hasil tinjauan mendapati, pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera itu adalah penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

“Berikutan itu, kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan