Thursday, July 23, 2026

PM terima kunjungan Jusuf Kalla

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.

“Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.

“Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),”katanya.

Perdana Menteri berharap agar pertemuan tersebut akan meneruskan lagi legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.

Jusuf merupakan Naib Presiden atau lebih dikenali dengan Wakil Presiden Indonesia ke-10 bagi tempoh 2004-2009 dan Pengerusi Parti Golongan Karya (Golkar) dalam tempoh yang sama. Beliau  tidak berjaya sebagai calon presiden Golkar dalam Pemilu Indonesia 2009. Sejak 2009 beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Palang Merah Indonesia. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan