33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Kehebatan pelajar GMI dalam bidang keselamatan siber dikagumi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEHEBATAN pelajar di German-Malaysia Institute (GMI) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di kampus Bangi yang mengikuti pengajian dalam bidang cyber security atau keselamatan siber sangat dikagumi.

Perkara itu, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, adalah sesuatu yang hebat dan itulah antara program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau kemahiran yang dilatih dan ditawarkan oleh salah satu institusi TVET MARA.

“Yang pasti, GMI MARA dapat melahirkan ‘ethical hackers‘ atau pengodam siber beretika.

“Kagum saya menyaksikan keupayaan anak-anak muda di awal usia 20-an berupaya menembusi dinding-dinding pertahanan siber dalam demonstrasi bagaimana mereka mengodam (hack) sistem komputer atau cyber security.

Advertisements

“Inilah antara kemahiran yang diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam bidang cyber security yang diajar di German-Malaysia Institute (GMI) di bawah MARA di kampus Bangi.

“Saya pun baru belajar rupanya ada istilah ‘Ethical Hackers’ atau pengodam beretika,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dr Asyraf berkata, untuk mudah difahami, dalam bidang cyber security atau keselamatan siber, pelajar-pelajar memang perlu tahu bagaimana untuk mengodam atau hack satu-satu sistem bagi membolehkan mereka membangunkan sistem pertahanan yang berkesan bagi mengelakkan sistem digodam.

“Hebat! Itulah antara program TVET atau kemahiran yang dilatih dan ditawarkan oleh salah satu institusi TVET MARA khususnya GMI di kampus Bangi,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan