33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Maritim Malaysia tahan tiga bot atas pelbagai kesalahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIGA bot nelayan tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis atas beberapa kesalahan, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, dua daripadanya adalah bot nelayan asing sementara satu lagi bot milik nelayan tempatan.

Katanya, kesemua bot ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan Op. Aman/Op. Tiris 2.0 di perairan Perlis sekitar pukul 12.30 tengahari hingga 1.30 petang.

“Dua bot asing ditahan sekitar 1.76 batu nautika dari Sungai Bahru dan 0.12 batu nautika dari Kuala Perlis manakala bot tempatan ditahan pada kedudukan 2.08 batu nautika dari Sungai Berembang.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua bot terbabit berpengkalan di Kuala Perlis, masing-masing dikemudikan seorang tekong warga tempatan, dua tekong warga asing dan tiga awak-awak warga asing dalam lingkungan umur antara 24 hingga 49 tahun,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Mohd. Hashim berkata, tiga bot fiber, enjin sangkut, enjin sangkut bergalah dan pukat yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM55 ribu telah dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara tanpa memiliki lesen yang sah.

“Ia juga disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan Malaysia serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan