26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Itu motif politik, mahu jatuhkan saya – Fuziah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mempersoal tindakan individu menularkan kembali video lama yang dirakam pada Julai lalu berkenaan harga barang.

Menurutnya, video yang tular itu dibuat berdasarkan konteks yang berbeza, namun diputar belit sehingga naratifnya berubah.

“Apa motif agaknya apabila ada seseorang yang mahu timbulkan kemarahan netizen dengan mengambil satu video lama yang di buat dalam konteks yang berbeza ketika waktu tersebut, akan tetapi di-spin (putar belit) sehingga naratifnya berubah.

“Itu latar belakang saya buat laporan polis kerana itu motif politik mahu jatuhkan saya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements
Tangkap layar menunjukkan video tular berkenaan diambil pada bulan Julai 2023.

Pada 20 September lalu, media melaporkan bahawa Fuziah menegaskan video yang tular sejak itu telah diambil di luar konteks dan ia merupakan rakaman pada Julai lalu ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.

Rentetan daripada itu, Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Khamis membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang melibatkan Fuziah.

Bagaimanapun, Fuziah tidak menafikan harga barang yang dijual di pasaran pada hari ini begitu mencabar.

“Saya akui ramai rakyat susah, sebab itu saya usaha untuk buat apa sahaja yang boleh saya lakukan dalam ruang lingkup dan juga punca kuasa yang ada pada kementerian. Harap masyarakat memahami,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan